HWANYONGhada









AHLAN WASAHLAN!!



Lost In Beauty-













...she's Beautiful


Your name here and other blah blahs.



...Beauty ProDucts


WISH ONE WISH TWO WISH THREE


...Other beauties


ICE ANGEL XIAXUE ...EXIBITIONS







...Lost in beauty


layout design, coding, photo-editing,


ice angel
Brushes- 1

























pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" src="http://www.widgipedia.com/widgets/widgetindex/welcome-widget-7797-8192_134217728.widget?__install_id=130321" wmode="transparent" type="application/x-shockwave-flash" quality="high" height="350" width="175">










Gratisan Musik

Monday, March 14, 2011

v-Blockbuster7

        THE STORY OF 3KAA:MELBOURNE HIGH SCHOOL
                                     (PART7)                                               

                            Di dalam dewan St.Melbourne High School,kelihatan para pelajar duduk di tempat yang diarahkan.Bilangan lelaki dan perempuan antara sekolah semuanya sama.Kedudukan mereka seperti dalam filem 'Harry Potter'.Pengetua sekolah itu,Mike Bronson sedang memberikan ucapan.Dewan sekolah itu memang luas.Perabot-perabot yang terletak di situ semua serba antik dan mewah.Pengetua sekolah itu boleh bertutur dalam bahasa Melayu.Sejak bila dia belajar BM?

                            Beberapa jam kemudian,Mr.Bronson mengarahkan guru-guru yang bersamanya menunjukkan pelajar seluruh kawasan sekolah.Setiap sekolah diwakili oleh seorang guru.Guru sekolah SMKSM,iaitu Miss Cindy berbangsa Cina,tetapi berasal dari Afrika.Beliau boleh bertutur dalam BM dan BI,tapi tak tahu bertutur dalam Bahasa Cina.Beliau menunjukkan tempat-tempat menarik seperti 'bowling', 'golf' dan 'swimming pool'.

Nisah:Fuyoo!!Ada swimming poollah kat sini!Biar betul!Boleh mandi ke kat sini,Miss Cindy?
Miss Cindy:Masa kamu semua diarahkan saja!Saja-saja..tak boleh!
Sedi:Ala...kalau kat toilet kita takde air,macam mana?Takkan tak mandi?
Mira:Kau ni,Sedi!Loyar buruklah!
Miss Cindy:Mesti ada punyalah!
Fiha:Apa susah!Kalau takde air,terjun terus je dahlah!
Muhsin:Dahlah,Miss Cindy...rasanya kami dah lama sangat kat luar ni.Budak lain semua
           dah masuk!
Ida:Sabarlah Muhsin!Tak reti sabar betullah dia ni!
Muhsin:Molek sikit Ida!
Miss Cindy:Okey,guys!Jom masuk!
Sedi:Miss Cindy,kolam untuk baby punya tak ada ke?Dalam sangatlah kolam
       untuk dewasa ni!Takut lemas!
Say:Hmm...mulalah Si Sedi ni!
Miss Cindy:Ada!Jangan risau....kita akan sediakan khas untuk awak nanti!

                           Selepas itu,Mr.Bronson  menyuruh para pelajar bertutur dalam BI di sepanjang kem ini dijalankan.Kemudian,bermulalah sesi berkenalan.Seperti biasa para pelajar dipecahkan dalam kumpulan,tapi syukur kerana pelajar 3KAA tidak dipecahkan dalam kumpulan.Tiba-tiba,Mr.Bronson memperkenalkan pelajar sekolah itu.Kumpulan pelajar 3KAA dianggotai oleh pelajar form 4,iaitu Ahmad Danny.Selepas program itu dijalankan,Mr.Bronson berjumpa dengan kelas 3KAA.

Mr.Bronson:Welcome to Melbourne English High School!(pandang Muhsin)
                 You're handsome man...the blue uniform boy.You look so smart.Do you
                 know how to speak english?
Muhsin:Erk,(pandang Mira)Wei,dia cakap kat siapa tu??
Mira:Kaulah!
Ida:Handsome..??Oh,pleaselah Mr'.Bronson!Ramai lagi yang lebih handsome daripada
     Si dia ni!!
Sedi:Why you so cemburu to my friend,I knowlah your father more handsome than dia...
Nisah:Relax..relax...dalam hal ni,no one handsome okay!!
Mira:Speaking nampak!
Nisah:Biarlah!Jealous....
Mr.Bronson:All right...calm down....You all so jealous to him,huh?Why??
Sedi:I didn't but them.
Fiha:Pandai pulak Si Sedi ni speaking.Macam ada semangat.
Mr.Bronson:Okay...now let me introduce my self...bla...bla.....(speech)

                           IT'S DINNER TIME!!!!!

                        "Seronok juga tempat ni!"Kata Ida."Seronok sebab dapat makan percuma!"Kata Sedi sambil ketawa."Sedap pulak tu!"Kata Izi."Hey,bukanlah!Seronok sebab ada swimming pool!"Kata Fiz."Yeah!Lepas ni tidur!"Kata pula Si Fiha."Tidur saja kerja dia."Ujar Si Mira."Solat dulu,cik kak!"Kata Say."Mmmm....sedapnya makanan kat sini.Seumur hidup aku kalau pergi kem,takdelah dapat makan sesedap ni!Lainlah kalau makan dengan family!!"Kata Nisah."Say!Bak sini ayam tu kat aku!!"Kata Si Ida.

                        Ketika berada di bilik,kelihatan budak perempuan sedang berbual-bual."Wah!Cantiklah bilik ni.Siap ada 'air-cond' pulak tu."Kata Amy."Apa lagi.Jomlah tidur!"Ujar Si Alin."Wei,dah solat ke belum?!"Tanya Si Mira."Dah!!!"Serentak semua budak perempuan jawab.

                       Pada tengah malam,kelihatan Ida yang tidak boleh tidur."Aduh!Sakitnya perut aku."Bisik hati Ida,lalu terus pergi ke toilet."Aku kena pastikan air ada atau tak!Harap-harap ada!"Bisik hatinya lagi.Dia membuka air,tapi tak ada setitis pun keluar.Kesian!
                      "Alahai!Masa ni pulak tak ada air!"Marah Ida seorang diri.Dia terfikir satu idea,iaitu pergi ke toilet di dewan sekolah tersebut.Sebelum itu,dia cuba mengejutkan kawannya untuk menemaninya,tapi gagal.Semua kawannya tidur dengan begitu nyenyak sekali."Nampaknya,aku kena pergi soranglah!"Bisik hatinya.

                     Suasana di dewan sungguh senyap dan menyeramkan."Kenapalah gelap gila dewan ni!Tak bayar ke apa!Tandas pulak kat mana??!!"Bisik hati Ida.Kemudian,dia terjumpa tandas."Jauh betul tandas ni!Lepas tu terpencil pulak!"Marah Si Ida.Selepas itu,Ida terdengar suara orang berbisik dan bunyi tapak kaki.FLASH!!
Dia terus pergi ke tempat itu.

                    Ida  seperti 'spy' mengintip di sebuah bilik yang tak jauh dari tandas itu.Tiba-tiba.....
                    "Don't you dare to tell this secret to anyone.If you do,you'll suffer!"Kata seorang lelaki.Rupanya seperti pengetua sekolah tu."Secret?"Tanya seorang lagi lelaki."Yes!Apabila kita dah kumpul semua budak sekolah di Mersing ni...kita bunuh mereka semua!Haha!"Kata Mr.Bronson sambil ketawa."Bunuh?Ni lakonan ke apa."Bisik hati Ida.Dia perlahan-perlahan pergi semula ke bilik untuk beritahu kawan-kawannya yang lain,tapi ada sesuatu yang menghalang.

                   "Kau siapa?Apa yang kau buat di sini?!"Tanya seorang lelaki yang berbadan besar."Erk..tttaakk ada apa-apa!Saya nak pergi ke tandas...dan saya sesat!"Kata Ida dengan hati yang gelisah.Sekelip mata budak itu menghilang.Ke manakah budak tu pergi??

                 Tiba-tiba,seseorang telah menutup mulut Ida dengan menggunakan sapu tangan yang mengandungi ubat pelali.Ida pengsan dan dibawa entah ke mana."Siapa budak ni?"Tanya pengetua sekolah itu."Inilah budak yang mengintip perbualan kita tadi!"Kata seorang pelajar lelaki sambil mengikat tangan Ida.

                 Pada keesokan hari,budak perempuan 3KAA sudah bangun daripada tidur."Woi,bangun!Kita ada kursus kejap lagi!"Jerit Mira."Dah pagi ke?Ala...awal lagilah!!"Kata Fiha sambil menggeliat."Kau ni mamai ke?Tengok dah pukul berapa ni!"Marah Mira."Ida mana?"Tanya Say."Dalam bilik airlah tu!"Kata pula Si Alin sambil menguap."Tak ada!Aku dah tengok dah tadi!"Kata Mira."Dia mesti dah ada kat dewan ni!Awal betul dia bangun!"Kata Amy."Dah!Dah!Cepat siap!Nisah!!Bangun kau!!"Ujar Mira(macam singa)

                Semasa di dewan,kelihatan budak perempuan sedang berbual-bual dengan budak lelaki."Woi,ada nampak Ida?"Tanya Mira."Ida?Tak nampak pun.Bukan ke dia dengan korang?"Kata Sedi."Dah!Pengetua nak berucap tu!"Ujar Muhsin.

                Boys and girls!!Hari ni hari kedua kita berada di sini."Kata pengetua."Lagi  dua hari saja lagi."Bisik Wan."Oh,saya mendapat berita bahawa seorang daripada budak SMKSM mengalami sakit perut.Jadi,dia telah pulang ke rumah malam tadi."Kata pengetua sekolah tu.

               "Apa?Ida dah pulang?"Tanya Muhsin."Pulang?"Tanya Mira."Pulang?"Tanya Fiha."Haa...pulang??"
Tanya satu kelas 3KAA.Macam biasa serentak."Amboi!Satu kelas serentak!"Kata seorang pelajar lelaki SPBI."Well,you know my class!"Kata Si Izi."Speaking nampak!"Kata pula Si Bal."Memanglah!Kata sekolah inggeris,jadi mestilah cakap BI."Ujar Izi(bangga)

                Sudah tiba waktu malam.Kelihatan I'in dan Amy sedang berbual-bual tentang Ida di bilik."Peliknya!Kenapa Ida tak beritahu kita  yang dia nak balik?"Tanya Amy."Entahlah!Tapi yang lagi pelik,beg dia masih ada kat sini.Takkan dia terus balik je."Emergency sangat kot!"Kata Fiha(tiba-tiba muncul entah dari mana)
"Hek eleh,dia tu!Balik tak ajak aku!"Kata Alin."Tapi salah kita juga,tak temankan dia semalam!"Kata Mira.

              "Wei,korang!Jom pergi mandi!Ajak Mira."Mandi?Kita kan dah mandi!"Ujar Amy."Mandi kat kolamlah!"Kata Say.Setibanya di kolam,kelihatan budak perempuan kelas 3KAA,Alin,Fiha,Mira,Say sedang bermandi-manda dengan syoknya."Woi,tak bahaya ke mandi malam-malam ni!?"Tanya I'in."Tak bahayalah!Mereka tu biasa je!"Kata Nisah sambil menuding jari.

             "Baiklah,jom mandi!"Ujar Nisah dengan gembira."Satu,dua,tiga!Terjun!!"Kata Amy."Macam mana?Seronok tak?"Tanya Nisah.I'in cuma menganggukkan kepalanya.Beberapa jam kemudian,Fiha,Alin,Mira dan Say berasa bosan."Wei,jomlah!Aku bosan ni!Laparlah!"Kata Fiha."Jomlah!"Kata pula Si Mira.

             "Korang bertiga tak bosan,ke?"Tanya Say."Ala...kejaplah!Aku nak mandi lagi ni!"Kata Nisah."Hey,Nisah!Kau jangan nak mengada-ngada!Kau tu dahlah liat nak bangun esok!"Ujar Si Mira."Yelah,mak!!Jom korang!"Kata Si Nisah(merajuk)."Takpelah!Awak pergilah dulu!Saya nak cakap dengan I'in ni sekejap."Kata Amy,manakala Nisah beredar ke bilik."Saya rasa tak sedap hatilah!Apa kata kita telefon keluarga Ida,esok?"Ujar I'in."Bagus juga tu!"Kata Amy.

            "I'in,jom kita berenang ke sana!"Ajak Amy."Asyik berenang saja.Tak bestlah!Apa kata kita menyelam pulak!"Ujar I'in."Okey,jom!Satu,dua,tiga!"Kata Amy,lalu menyelam bersama I'in.Tiba-tiba,Amy merasakan bahawa itu bukan I'in.Mukanya pelik dan menakutkan.Amy ketakutan dan terus berenang sepantas kilat,tapi seseorang telah menyentuhnya,lalu Amy tak berdaya nak berenang lagi.

           "Amy!Amy!Eh,I'in...ada nampak ...(nampak Amy terbaring)Weh,kenapa dengan Amy?Dia lemas ke??"Tanya Mira dengan cemas."Aku tak tahu macam mana dia boleh lemas...ish"Kata I'in sambil menitiskan air mata."Woi,korang!!!!"Jerit Mira."Eh,kenapa ni!?Amy?kenapa dengan dia???"Tanya Fiha."Macam mana boleh berlaku ni??"Tanya Alin.

            "Dah!!Yang paling penting kita hantar dia ke klinik!!Lekas!!"Kata Mira.Pelajar perempuan 3KAA menghantar Amy ke klinik sekolah sepantas kuda.Setibanya mereka di situ,seorang jururawat datang untuk memeriksa Amy."Kawan awak ni,baik-baik sahaja.Cuma dia pengsan je."Kata Miss Mei Ling."Kenapa boleh pengsan sampai macam tu sekali ?"Tanya Nisah."Mungkin sebab terkejut atau takut sangat tengok sesuatu yang dahsyat atau sebaliknya."Ujar jururawat itu.

            Selepas itu,semua budak perempuan 3KAA beredar dari situ.Beberapa jam kemudian,Amy terjaga dan sedar dari pengsan."Subhanallah!Aku kat mana ni??"Kata Amy seorang diri."Awak dah sedar dah?Tadi,awak pengsan.Awak sekarang ada di klinik.Kata seorang budak lelaki yang kelihatan di tepi tirai bersebelahan dengan katil Amy."Oh,ye ke!"Kata Amy."Yelah!Itu ada buah tangan untuk awak."Kata budak lelaki itu."Buah tangan?Wah!Nampak sedap!Nah,saya ada tinggalkan sedikit untuk awak."Kata Amy."Awak...awak kena pergi dari sini secepat mungkin.....suruh kawan awak tinggalkan tempat ni sekarang juga....atau nyawa kamu semua dalam bahaya......Ida...dia..."
             "Ida?Dia ada kat mana??"Tanya Amy."Eh,awak cakap dengan siapa tadi?"Tanya I'in yang tiba-tiba muncul sambil menepuk bahu Amy."Awak ni,terperanjat saya!Oh,budak tu yang di sebalik tirai tu!"Kata Amy,sambil menuding jari."Budak?Budak mana pulak ni??"Tanya I'in kehairanan sebab tak ada sesiapa ada kat situ sejak tadi lagi dan cuma ada satu kunci saja pada dia."Yelah!Budak lelaki!"Ujar Amy kehairanan.

             I'in berasa tidak sedap hati.Hatinya berdegup-degup dengan kencang sekali.Dia cuba untuk menyelak tirai itu.Bulu romanya meremang.Tiba-tiba,Amy memanggil namanya."I'in,jom!Awak cakap nak telefon keluarga Ida."
"Haa,ye!"

                Semasa di tempat telefon,"Boleh guna ke telefon ni?Ada line ke?Maklumlah,kita sekarang ada kat hutan sekarang ni!"Kata I'in."InsyaAllah,boleh!Biar saya cuba kejap."Kata Amy,lalu mendail nombor telefon rumah Ida."Assalamualaikum,
ini mak Ida,ke?"Tanya Amy.
               "Waalaikummussalam!Ye,ni mak Ida.Kamu ni siapa?"Tanya mak Ida.
                "Saya Amy,makcik!Kawan Ida."Kata Amy.
                "Amy...dah lama tak jumpa kamu!Best tak pergi kem?"Kata mak Ida.
                "Bestlah juga.Makcik,Ida ada tak kat rumah??"Tanya Amy.
                "Ida??Bukan ke dia juga ada kat kem?Bersama-bersama dengan kawan-kawan kamu yang lain?!Kenapa?"(Gelisah)
                "Oh,tak ada apa-apalah,makcik!Saya tanya je....haha."Kata Amy,dan terus letak semula gagang telefon tu.
                 "Eh,kenapa ni??Ida ada tak kat rumah?"Tanya I'in.Amy cuma menggelengkan kepalanya sahaja.Dia merasakan ada sesuatu yang akan berlaku kepada Ida dan semua kawannya yang lain.Apakah yang akan berlaku seterusnya??



-to be continued-
                 "
                


                      

No comments:

Post a Comment