THE STORY OF 3KAA:MELBOURNE HIGH SCHOOL
(PART12)
Pada keesokannya,masa yang sama di perkarangan Sekolah Melbourne.
Muhsin:Eh,korang nak pergi mana ni?Dah solat ke belum??
Yan:Aik..macam ustaz je kau ni.Dahlah,kami dah lama solat.Ni,kami nak pergi 'Cybercafe' kejap.
Muhsin:Eh,ada ke?
Sedi:Adalah!Takkan takde.
Muhsin:Nampak Kim dengan Rol tak?Mereka dah solat ke belum?
Yan:Entah!Kau pergilah cari.
Sedi:Dahlah!Jom Yan.Aku tak sabar nak main 'warcraft' ni!
Di dewan makan Melbourne High School
Nisah:(makan)
Mira:Manalah mereka ni!Batang hidung mereka pun,aku tak nampak!
Fiha:Selalunya Kim yang datang awal pastu bolot semua ayam goreng ni!
Amy:Betul!
Nisah:(tersedak)
Mira:Tulah!Gelojoh sangat,kan dah!
Selepas 15 minit kemudian.....
Junaidah(Anjung Batu):Hai,korang ni kawan Izi ke?
Mira:Ye,kenapa?
Junaidah(Anjung Batu):Nanti kirim salam kat dia,eah?
Mira:Yelah.
Fiha:Wei,siapa dia tu?
Say:Takkanlah dah lupa.Tu kan Izi punya....
Fiha:Oh...
Amy:(ternampak Bal,Wan,Muhsin dengan Izi)Haa!Tu pun mereka!
Mira:Panjang umur.(lambai tangan)
Muhsin:Sorry we're late!
Fiha:It's ok!Eh,mana yang lain?
Bal:Sedi dengan Yan pergi 'CC',Rami,Mie,Fiz dan Rol pergi main 'bowling',Fiq 'terbongkang'
tidur,Kim pulak demam.
Nisah:(menyampuk)Oh..kenapa tak kejut Fiq?Kesian dia.
Mira:Entah korang ni!
Amy:Kenapa dengan Kim tu?Tetiba je demam.Hari tu aku tengok sihat je dia!
Izi:Dia..............
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++==
Di dorm budak lelaki 3KAA
Fiq:zzzZZZZZ....
Di ats katil,Fiq sedang 'terbongkang' tidur.Mungkin penat agaknya kerana bermain 'golf' bersama Yan dan Rol..Tiba-tiba,satu lembaga menghampirinya.Fiq berasa lain lalu dia membuka matanya,tetapi tiada sesiapa pun di situ.Dia melelapkan matanya semula.Kemudian,terdengar sesuatu bunyi(seperti ada orang duduk di atas katil Muhsin yang berhampiran dengan katilnya).Dia membuka matanya kerana dia rasa Muhsin dan rakan se'dorm'nya mungkin sudah pulang.Tetapi tidak....tiada sesiapa pun di situ.Hatinya menjadi tidak tenteram.Jantungnya berdebar-debar.Semakin banyak perkara yang tidak masuk akal yang difikirkannya.Tiba-tiba,kedengaran bunyi yang aneh dari katil Muhsin.Fiq menuju ke katil itu dengan terketar-ketar.Bunyi itu terhenti apabila Fiq baru sahaja membuat langkah pertama.Terasa angin menderu dari belakang Fiq.Dia toleh...dan
terkejut dia apabila melihat seorang budak lelaki duduk di atas katil Fiq.Fiq terus menggelabah kerana terperanjat yang amat!!
Budak lelaki:Jagalah rakan-rakan kau....(pandang muka Fiq)
Fiq:(rasa takut)Kau...kau siapa??Macam mana kau boleh ada di bilik ni?Erk...
kau nak apa??
Budak lelaki:Kalau kau ingkar...bersedialah!!
Budak lelaki itu terus berubah wajah.Suaranya pula seperti budak kecik yang berlakon dalam cerita
JU-ON,begitu juga dengan wajahnya seakan-akan syaitan yang kejam.Matanya meliar ke arah Fiq dengan mulutnya yang pecah...giginya yang taring...membuatkan Fiq menjerit!!
Fiq:(menjerit dan membuka matanya)Astaghfirullahalazim!!Merepek betul mimpi aku ni!
Suara??:Woi,kau ok?(sayup-sayup)
Fiq:(terkejut)Ahhh!!!Kau ni Kim,terperanjat aku!
Kim:(batuk+senyum)Sorry,Fiq!
Fiq:Demam kau ni,tak baik-baik lagi ke??Kau dah pergi klinik ke belum??
Kim:Takde apa-apa lah!Sikit je ni!
Fiq:Suka hati kaulah.(tengok jam)Patutlah perut aku dah berbunyi!Dah nak pukul berapa dah ni.
Aku belum makan lagi ni.
Kim:Kesian kau...(senyum)
Fiq:(pelik)Kau dah kenapa ni?!senyum-senyum kat aku pulak??Jomlah,makan!
Kim:Senyum tu sedekah,Fiq!Ustazah sendiri yang cakap kat kita.
Fiq:..................(malas layan...terus pergi)
Kim:Woi,tunggu aku!!
Fiq:Tau pun kau!
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Mira:Kim...kim.
Fiha:Sampai macam tu sekali!
Amy:Tu lah....nak tidur tak basuh kaki dulu.
Alin:Apalah dia tu.
Nisah:(makan kek+aiskrim)
Mira:Haa...Izi!Lupa nak beritahu kau!Tadi kan budak tu kirim salam.
Izi:Siapa pulak??Kau ni memandai je!
Say:Betul!Budak tu...yang kat sana tu!(menuding jari)
Izi:(toleh+terperanjat)Dia lagi!!
Mira:Relax!Dia suka kau lah.
Izi:........................
Fiha:Ala...terima jelah.
Muhsin:Lak Haizil's wife ni!Molek sikit!
Fiha:Kau kenapa...Adilah's husband ni!!
Say:Dah...dahlah tu!Korang ni...tak baik gaduh depan rezeki.
Amy:Siapa Haizil??
Mira:Ala...Amy.Takkan tak tau.Budak yang 'back-up' Fiha masa kat dalam bas hari tu!
Amy:Oh...ingat-ingat!
Fiha:(marah)Mira!!
Nisah:(pandang Izi)Kenapa Izi?
Mira:Dia cuma tak boleh terima kenyataan je tu.
Izi:Rasa macam nak demam+sakit.Ada tak sesiapa yang bawak 'painkiller'!Mintak sikit.
Bal:'Painkiller'takdelah.Tapi,'Panadol' ada.Kau nak?
Izi:Terima kasih,Bal!Kaulah kawan aku.(tadah tangan)
Bal:Apa pulak ni?
Izi:Tadi kau kata...kau bawak!
Bal:Oh...my mistakes!Panadol tu ada kat rumah akulah!Hehe.
-to be continued-